
Pernahkah anda melihat manusia yang mengejar pangkat?
Pangkat yang baginya dapat memberikannya kuasa dan berniat untuk membangga2-kan diri kepada orang lain?
Adakah kamu melihat dengan kedua-dua matamu rintangan yang mereka perlu lalui,
Atau kejatuhan mereka setelah mendapatkan ‘pangkat’ itu samada sewaktu manusia itu masih kekal bernafas atau hanya dalam ingatan?
Pangkat itu bukan hakiki ataupun mainan dunia semata-mata,
Tapi anugerah dan amanah yang dipikul oleh manusia itu sendiri.
Senyumlah kepada mereka yang memiliki kejujuran dalam melaksanakan amanah.
Kerana hanya dengan kejujuran sahaja manusia itu dapat memahami “anugerah” dan mencapai kegembiraan dengan keredaan dariNYA.